Nak Cari Apa? Fravia’s Lore
Views: 1
Sembang pasal โ๐ฆ๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐ข๐ญ ๐๐จ๐ฅ๐๐ก ๐ฃ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐จ๐จ๐ ๐ฅ๐, ๐๐๐ซ๐ข๐๐, ๐๐ง๐ฒ๐ ๐ฅ๐ข๐ฉโ ni min terus teringat satu nama legend, Fravia. Zaman sekarang, semua orang bergantung pada Google, tapi dulu ada satu golongan rare yang bukan sekadar taip-taip tekan search. Diorang betul-betul faham seni mencari maklumat.
๐๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐๐๐๐๐, ๐๐๐ ๐ ๐ซ๐๐ฏ๐ข๐ โ ๐๐๐ง๐ข ๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ
๐๐ข๐๐ฉ๐ ๐
๐ซ๐๐ฏ๐ข๐?
Fravia atau nama sebenarnya Francesco Vianello bukan penggodam biasa. Dia seorang yang sangat mahir dalam seni pencarian, jenis yang boleh gali info yang orang lain ingat tak wujud pun. Dia mengasaskan laman Searchlores(dot)org, dia suka berkongsi ilmu tentang deep search dan reverse engineering. Zaman dia, kalau nak cari sesuatu, bukan sekadar taip keyword, tapi ada teknik, ada strategi.
๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ ๐ซ๐๐ฏ๐ข๐ ๐๐ฃ๐๐ซ
๐๐๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐๐๐ฉ ๐ฌ๐๐๐ซ๐๐ก.
Sekarang tak hairan benda ni tapi dulu dia dah start buat gabungan operator carian, enjin carian alternatif dan teknik bypass.
๐๐๐ง๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ง๐๐ ๐ฒ๐๐ง๐ โ๐ญ๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ง๐ฒ๐ขโ.
Faham macam mana laman web simpan data dan cara manipulasi URL boleh buka akses lebih dalam.
๐
๐๐ก๐๐ฆ๐ข ๐๐ฅ๐ ๐จ๐ซ๐ข๐ญ๐ฆ๐ ๐๐๐ซ๐ข๐๐ง
Tahu kenapa sesuatu muncul dalam hasil carian dan macam mana carian boleh dimanipulasi oleh faktor seperti iklan dan pengoptimuman enjin carian (SEO).
๐๐ซ๐ข๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ฃ๐ข๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐๐ง ๐๐จ๐๐๐ง
Fravia selalu kritik macam mana enjin carian dikomersialkan sampai hasilnya penuh iklan. Dia menentang idea โpromosi produk yang tak diperlukan kepada pengguna naifโ dan menggalakkan penggunaan parameter carian khusus untuk maklumat yang lebih bersih. Dia juga tekankan bahawa hasil carian yang kita nampak ni sebenarnya ditentukan oleh algoritma, tak semestinya semua maklumat yang wujud itu dipaparkan atau terjangkau.
๐๐ฎ๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐ง ๐
๐ซ๐๐ฏ๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐๐๐
Walaupun Fravia tak guna istilah OSINT (Open Source Intelligence) secara langsung, banyak teknik dia selari dengan prinsip OSINT yang sekarang digunakan oleh penyelidik dan pakar keselamatan siber. Seawal 90-an lagi, dia dah ajar benda-benda ni.
๐๐ญ๐๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ ๐
๐ซ๐๐ฏ๐ข๐
Dulu laman masa zaman web Searchlores(dot)org dia rajin sangat menulis. Fravia memang sengaja buat laman tu macam labirin yang susah diakses, kononnya nak latih pengguna jadi lebih mahir mencari maklumat, woha !. Sebahagian besar kandungannya masih ada dalam bentuk mirror dan dokumen PDF yang dikongsi oleh komuniti peminat dia.
๐๐๐ญ๐-๐๐๐ญ๐ ๐๐ข๐ค๐ฆ๐๐ก ๐
๐ซ๐๐ฏ๐ข๐
โThe web is a labyrinth with many exits and few entrances.โ
๐ฑ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ช-๐ฑ๐ข๐ฏ๐ฅ๐ข๐ช ๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ง๐ข๐ฉ๐ข๐ฎ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ช๐ณ๐ช.
Fravia mungkin dah tiada, tapi legasi dia masih hidup untuk sesiapa yang nak betul-betul faham seni pencarian.
โ funtikar
